Cara Membuat Blog

Adakah anda berhasrat untuk membuat blog atau laman web sendiri? Mungkin anda ingin memulakan kerjaya anda sebagai seorang Blogger dan menjanakan pendapatan secara online dari rumah. Membuat blog atau laman web sendiri tidaklah begitu sukar seperti orang ramai jangkakan. Tidak seperti masa dahulu, anda tidak perlu mengetahui koding ataupun ilmu pengetahuan teknikal seperti HTML untuk membuat blog atau laman web sendiri. Cume ikut panduan artikel di bawah ini dan saya yakin anda pasti boleh menguasai ilmu pengetahuan cara membuat blog atau laman web sendiri.

cara membuat blog

Langkah-langkah untuk Membuat Blog

Terdapat 7 langkah yang diperlukan untuk membuat blog atau laman web sendiri. Sekiranya, anda mengikuti panduan kami dengan tepat, anda akan mempunyai blog atau laman web anda tersendiri dalam masa 30 minit atau kurang.

  1. WordPress Sebagai Platform
  2. Pilih Topik Utama Blog
  3. Memilih Nama Domain
  4. Membeli Pelan Hosting
  5. Pasang WordPress
  6. Pilih Tema Blog
  7. Buat Post Pertama

WordPress Sebagai Platform

Kebanyakan pemula membuat kesilapan dengan memilih platform yang salah semasa membuat blog atau laman web. Syukurlah anda ada di sini, jadi dapat mengelak dari membuat kesilapan yang sama. Jika anda ingin membuat blog ataupun laman web, anda seharusnya memilih WordPress sebagai platform anda. Bagi pembaca yang baru kepada WordPress, biarlah saya huraikan sedikit mengenai WordPress.

WordPress merupakan platform yang terbesar di dunia untuk pengurusan kandungan blog ataupun laman web. Ia kini mempunyai sebanyak 88 juta pengguna and hampir 34% laman web di dunia Internet dikuasakan oleh WordPress. Anda mungkin tertanya, kenapa begitu ramai pengguna memilih WordPress sebagai platform untuk blog atau laman web mereka? Ia adalah kerana:

  • WordPress adalah percuma
  • Ia senang dipasang dan diguna
  • Terdapat banyak tema dan plugin yang tersedia ada untuk diguna
  • Tidak memerlukan kemahiran teknikal
  • Kelebihan dari segi SEO

Pilih Topik Utama Blog

Sebelum anda mula membuat Blog, anda seharusnya membuat perancangan terlebih dahulu. Ini termasuk memilih topik utama untuk Blog anda. Ini kerana ia adalah sukar untuk menukar topik utama ataupun haluan Blog setelah diterbitkan.

Anda juga seharusnya memilih topik yang anda berminat. Melalui minat, barulah anda boleh menulis artikel yang berkualiti serta menarik.

Blog anda juga sewajarnya fokus kepada satu topik utama sahaja. Ini akan memberi kelebihan dan pengaruh kepada Blog anda dari segi SEO. Sebagai contoh, jika Blog anda adalah berkenaan dengan kereta dan apabila seseorang mencari info mengenai kereta di enjin carian, ia akan memberi kedudukan pangkat yang lebih baik kepada Blog anda.

Memilih Nama Domain

Setelah anda telah muktamadkan topik utama Blog, anda boleh mula merancang nama domain untuk Blog anda. Jika tujuan Blog atau halaman web adalah untuk bisness atau syarikat anda, maka anda boleh menggunakan nama bisness ataupun nama syarikat untuk nama domain. Jika tidak, anda perlu mencipta nama domain yang berkenaan serta baik untuk Blog anda. Secara ringkas, nama domain yang baik mesti mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  • .Com Sambungan
  • Nama Yang Pendek atau Ringkas
  • Nama Yang Berjenama
  • Elakkan Penggunaan Sempang dan Nombor
  • Kata Kunci Pada Nama Domain
  • Senang Ditaip dan Disebut
  • Ketersediaan Nama Di Laman Media Sosial

Anda boleh merujuk kepada post kami untuk tips memilih nama domain yang terbaik. Anda juga boleh menggunakan aplikasi penjana nama domain seperti My Domain Generator untuk menjanakan ratusan idea baru nama domain.

Membeli Pelan Hosting

Secara ringkas, hosting merupakan ruang ataupun tempat di Internet yang menyimpan fail-fail Blog anda. Hosting akan menyimpan fail anda dan kemudian memberi akses kepada orang ramai untuk melihatnya. Pada masa sekarang, terdapat banyak penyedia hosting yang menawarkan pelan hosting untuk WordPress. Pemilihan laman web hosting yang baik merupakan kriteria yang paling penting kerana ia akan menjimatkan banyak masalah dalam jangka masa panjang. Penyedia hosting yang baik memenuhi kriteria berikut:

  • Harga berpatutan
  • Sokongan teknikal yang baik
  • Laju dan uptime yang baik

Berikut merupakan antara penyedia hosting terbaik yang boleh anda guna untuk Blog atau laman web anda:

Kedua-dua penyedia hosting di atas adalah disyorkan oleh pengusaha WordPress sebagai pilihan utama mereka. Saya lebih menyukai BlueHost kerana ia memberi nama domain secara percuma dan juga akan memasang WordPress kepada anda secara automatik jika anda mendaftar pelan hosting dengan mereka.

Ikuti pautan berikut untuk mendapat Diskaun Eksklusif Bluehost dengan nama domain percuma.

Cara Membeli Pelan Hosting di BlueHost

Setelah anda klik pada pautan di atas, anda akan di bawah ke laman web yang kelihatan seperti berikut.

cara membuat blog pelan bluehost

Klik pada butang hijau “Get Started” untuk meneruskan pendaftaran pelan hosting.

pelan hosting

BlueHost menawarkan 3 pelan hosting iaitu basic, plus dan choice plus. Sebagai permulaan, saya bercadang supaya memilih pelan basic dan naik taraf kemudian apabila anda memerlukan ruang yang lebih banyak kelak.

nama domain percuma bluehost

Pada halaman ini, anda dikehendaki memasuki nama domain yang anda telah pilih pada ruangan “new domain“. Sekiranya anda telah memiliki nama domain tersendiri, anda boleh masukan nama domain tersebut pada “I have a domain name“. Klik pada butang biju “next” untuk meneruskan.

maklumat pengguna bluehost

Masukan maklumat anda dan juga tempoh yang anda ingin melangan. Semakin panjang tempoh, maka semakin murah harga pelan hosting.

tambahan pelan hosting

Anda boleh melangkau segala tambahan pada pelan hosting sekiranya anda tidak memerlukannya.

pembayaran pelan hosting

Untuk pembayaran, anda boleh memilih sama ada bayar dengan menggunakan kad kredit ataupun Paypal. Masukan butiran-butiran yang berkenaan, tanda kotak semak dan klik pada butang hijau “submit“.

Anda kemudian akan menerima mesej tahniah dan ikuti langkah seterusnya untuk memasang WordPress pada hosting akaun anda.

Pasang WordPress

daftar pelan hosting berjaya

Pada skrin tahniah ini, anda dikehendaki mencipta kata laluan untuk akaun anda. Klik pada butang hijau “Create your password” dan masukan kata laluan anda pada skirn yang seterusnya.

Anda kemudian boleh log masuk kepada akaun anda. Seperti yang saya sebutkan di atas, selain daripada memberi nama domain secara percuma, BlueHost juga akan memasang WordPress kepada akaun anda secara automatik. Jangan terkejut jika saya memberitahu anda bahawa WordPress telah dipasang pada akaun anda.

Pilih Tema Blog

tema wordpress blog

Setelah anda log masuk kepada akaun anda, anda akan diseru untuk memilih tema WordPress untuk blog anda. Pilih tema yang anda suka dan kemudian BlueHost akan memasang tema tersebut pada Blog anda. Selepas itu, klik pada butang biru “Start Building” untuk log masuk kepada WordPress akaun anda. Anda juga boleh mengakses WordPress akaun dengan menaip URL http://www.namadomain.com/wp-admin pada pelayar web anda.

Buat Post Pertama

Setelah anda berjaya log masuk kepada WordPress akaun anda, anda boleh mula membuat post pertama dengan klik pada Posts pautan pada bahagian sebelah kiri. Paparan seperti berikut akan muncul:

post pertama blog

Anda telah belajar cara membuat Blog atau laman web sendiri. Sekiranya, anda memerlukan bantuan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda di bawah ini. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *