Tips Memilih Nama Domain Yang Terbaik

Memilih Nama Domain

Nama domain adalah seumpama alamat bisness anda di dunia Internet. Pemilihan nama domain yang baik serta tepat akan memberi kelebihan kepada halaman web atau blog anda. Ini adalah kerana nama domain banyak mempengaruhi terhadap kerjayaan sebuah laman web atau blog.

Oleh itu, adalah penting bahawa anda memilih nama domain yang terbaik sejak awal lagi sebelum memulakan pembinaan laman web atau blog anda.

Pada masa sekarang, memang menjadi satu cabaran untuk memilih nama domain yang terbaik disebabkan kebanyakan nama domain telah dipilih oleh orang lain. Oleh kerana itu, kami menulis artikel ini untuk memberi tips kepada anda tentang cara-cara memilih nama domain yang terbaik. Kami juga akan mencadang aplikasi yang anda boleh guna untuk membantu anda memilih nama domain.

1. Pilih .com Sambungan Sahaja

Terdapat banyak pilihan untuk domain sambungan yang anda boleh dapati hari ini. Walaubagaimanapun harus diingat bahawa anda mesti memilih .com sambungan sahaja. Ini kerana .com sambungan adalah paling popular dan ia dikenali oleh ramai orang. Kebanyakan orang telah biasa dengan .com sambungan dan secara automatik mereka akan menaip .com pada akhir setiap domain tanpa memikirkannya. Sekiranya anda sedari, telefon pintar anda juga mempunyai butang .com yang sedia ada.

Sekiranya anda menggunakan domain sambungan lain, besar kemungkinan para pengguna anda akan berakhir di halaman web yang mengguna .com sambungan. Sebagai contoh, jika anda mendaftar nama domain dengan sambungan lain katakan bajucuacapanas.org, para pengguna anda mungkin akan lupa dan akibatnya mereka akan berakhir di laman web bajucuacapanas.com.

Saya faham bahawa pilihan .com sambungan sememangnya terhad pada masa sekarang. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda membuat nama baru dengan .com sambungan daripada menggunakan sambungan lain.

2. Guna Nama Yang Pendek atau Ringkas

Nama domain yang pendek atau ringkas memberi kelebihan kepada anda kerana ia lebih senang diingat. Saya mencadangkan supaya terhad nama domain anda kepada 15 huruf sahaja (tidak termasuk sambungan). Nama yang panjang biasanya akan mengerilukan para pengguna dan ia sukar diingati.

Nama yang pendek atau ringkas juga lebih mudah ditaip dan disebut jika dibandingkan dengan nama yang panjang. Biasanya, kadar kesilapan menaip semakin meningkat dengan nama yang lebih panjang. Cuba bandingkan nama telefonpintar.com dengan telefonpintaruntukdijualbeli.com . Manakah pilihan anda? Semestinya anda lebih suka telefonpintar.com kerana ianya ringkas dan senang diingati.

3. Guna Nama Yang Berjenama

Nama yang berjenama biasanya akan lebih mudah dapat didaftarkan jika dibandingkan dengan nama umum. Ini kerana kebanyakan orang lebih suka mendaftar nama yang mempunyai kata kunci untuk nama domain. Ini tidak salah, cuma ianya lebih baik jika laman web atau blog anda mempunyai jenama yang tersendiri. Cuba bayangkan mana satu laman web lebih popular untuk enjin carian? Google.com atau EnjinCarian.com?

Apabila menggunakan nama yang berjenama, anda dinasihatkan supaya menyemak nama yang anda telah pilih terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan pelanggaran nama tanda dagangan dengan laman web atau syarikat lain.

4. Guna Aplikasi Penjana Nama Domain

Seandainya anda menghadapi cabaran untuk memilih nama domain, anda juga boleh memperolehi bantuan daripada aplikasi penjana nama domain. Dengan memasukkan kata kunci yang berkaitan dengan laman web atau blog anda, aplikasi-aplikasi penjana nama domain berupaya untuk mencadangkan ratusan nama yang berkaitan dengan kata kunci yang anda telah pilih. Ini merupakan salah satu cara yang tersingkat dan mudah untuk mencari idea baru nama domain.

MyDomainGenerator merupakan aplikasi pilihan utama saya, apabila saya memerlukan bantuan untuk mencari nama domain baru. Ia sungguh mudah digunakan. Ia berupaya menjanakan ratusan nama idea baru dan juga menarik.

penjana nama domain

5. Elakkan Penggunaan Sempang dan Nombor

Penggunaan sempang dan nombor pada nama domain boleh mengelilukan para pengguna. Sebagai contoh, baju-cuaca-panas.com. Bagaimana anda akan menyebut nama domain ini kepada rakan anda? Baju sempang cuaca sempang panas. Amat mengelilukan bukan?

Penggunaan nombor pada nama domain juga seharusnya dielakkan. Katakan nama domain cuacapanas10.com, kebanyakan pengguna akan keliru sama ada ejaan yang harus ditaip adalah cuacapanas10.com ataupun cuacapanassepuluh.com. Masalah seperti begini boleh menyebabkan kehilangan trafik ke atas laman web atau blog anda.

6. Guna Kata Kunci Pada Nama Domain

Kata kunci memainkan peranan yang penting kepada nama domain. Dengan menggunakan kata kunci yang tepat, ia dapat membantu anda dari segi SEO ataupun kedudukan enjin carian. Secara tidak langsung, nama domain yang mengandungi kata kunci akan membantu enjin carian untuk memahami jenis kandungan yang dikandungi oleh laman web anda. Ia juga akan meningkatkan kadar klik pada hasil carian kerana para pengguna akan lebih memahami apa yang menjadi tumpuan utama laman web anda.

Anda juga boleh cuba menggabungkan kata kunci dengan perkataan supaya ia menjadi nama yang berjenama. Sebagai contoh, nama domain laman web kami duitcyber.com adalah hasil penggabungan dari duit dengan cyber. Secara automatiknya, ia memberitahu para pengguna bahawa laman web kami adalah berkaitan dengan duit dan juga Internet.

7. Guna Nama Yang Senang Ditaip dan Disebut

Elak daripada menggunakan nama yang rumit. Nama yang rumit biasanya mudah dilupai and juga susah untuk ditaipkan. Nama yang anda pilih sewajarnya mudah disebut dan juga ditaip. Mungkin pada suatu hari nanti, anda akan memperkenalkan laman web atau blog anda kepada rakan-rakan secara peribadi. Jika namanya rumit,orang susah untuk mengingati laman web atau blog anda.

8. Periksa Ketersediaan Nama Di Laman Media Sosial

Kini ia telah menjadi trend untuk mendaftarkan nama laman web atau blog anda di laman media sosial. Sebelum memilih serta mendaftarkan nama domain, anda sewajarnya memeriksa ketersediaan nama tersebut pada laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan lain-lain. Ia akan mengelilukan para pengguna anda jika namanya berbeza. Setelah anda telah mendaftar nama domain, perkara seterus yang anda harus lakukan adalah mendaftar nama tersebut di laman media sosial.

9. Membuat Perancangan Jangkamasa Panjang

Pemilihan nama domain yang berkaitan dengan industri ataupun niche anda merupakan satu langkah yang bijak kerana ia dapat memberikan gambaran idea kepada para pengguna. Akan tetapi, anda juga seharusnya membuat perancangan jangkamasa panjang kerana mungkin pada masa depan, anda mempunyai idea ataupun produk baru yang anda ingin berkembang pada laman web atau blog anda. Jadi, pemilihan nama domain mesti dilakukan secara berteliti agar namanya tidak bercanggah dengan perancangan masa depan.

10. Bertindak Segera dan Mendaftarkan Nama Domain

Setelah anda telah muktamadkan pilihan nama domain, langkah penting seterusnya adalah terus mendaftarkan nama tersebut. Ini kerana nama domain tersebut mungkin didaftarkan oleh orang lain jika anda berlengah. Harga pendaftaran nama domain tidaklah mahal. Jadi janganlah berlengah. Bertindak segera and mendaftarkan nama domain pilihan anda.

Kesimpulan

Saya berharap artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda untuk memilih nama domain yang terbaik untuk pembinaan laman web atau blog anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila tulis komen anda pada ruang komen di bawah.

About the Author: Rick Ng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *